Tuesday, 29 September 2015

The Power of Bluetick

Bluetick.
Apa benda tu?
Ah, korang pun tahu. Tick biru dekat tepi whatsapp tu. Macam mana boleh ada? Bluetick ni bila kita send whasapp kat orang, dah dibaca oleh penerima tersebut.
Kadang-kadang dapat reply. Kadang-kadang, tak. Bila tak dapat yang nak marah ni!


Bluetick memang penyebab perang dunia ketiga. Lebih-lebih lagi kalau antara gang dengan family. Orang bershentaa tak payah cakaplah, lagi teruk. Biasanya orang yang kita tak kisah sangat, dia bluetick pun takde laa kisah mana. Tapi bila kawan ke parents bagi bluetick, sedih weh. Pergh boleh tulis lagu cinta mendayu-dayu laa.

Kalau aku, mula-mula tak kisah sangat bila kena bluetick. Let's assume dia busy ke apa. Husnudzon. Kali kedua pun aku masih dapat terima. Maybe dia dah baca then dia bukak conversation orang lain dan lupa nak balas kita punya. Kali ketiga pun aku cuba husnudzon. Hal kecik laa, bluetick je kan. Maklumat yang aku nak cakap tu still dia faham. Kan kan kan? Tapi bila dah berturut-turut kena sampai ke tahap tanya benda penting pun kena bluetick padahal penerima online, INI MELAMPAU. Kalau hal tu tak penting misalnya cakap pasal betapa comelnya panda ke, sloth yang suka senyum ke, takde laa kisah. Tapi kalau cakap pasal hal yang sangat sangat sangat penting tapi tak dibalas, padahal masih online... mari tembak dia. Hahaha, gurau gurau. Gurau ke? >:)

Mestilah kita rasa hampa. Kita taip panjang panjang tapi tak dibalas. Info pulak tak sampai kat kita tentang benda kita nak tahu tu. Sakit hati jugaklah en tengok tanda biru yang comel kat tepi tu. Kalau tuan punya penerima depan kita mesti dah kena baling lesung batu. "Kau bluetick kan aku ya... nasib jauh, kalau tak mesti dah kena." Hahaha. Mula mula, boleh husnudzon lagi tapi bila berulang kali, nak husnudzon pun mampu senyum jelah. Senyum pasrah gitu.

Sebenarnya bagi pihak penerima pulak, kadang kadang bukan sengaja nak bluetick. Ada reason kenapa tak dapat nak jawab apa yang penghantar send.


1) Tak tahu nak balas apa sebenarnya

Hahaha. Kalau camni, nak reply apa agaknya. Ada masanya, penghantar whatsapp hantar sesuatu yang agak metafora dan mendalam sebegini, bagi yang tak berapa nak puitis dan agak unemotional, penerima tak tahu nak balas apa. Kalau balas pendek kang, bila salah merajuk lagi teruk. Nak balas panjang pun terlebih affectionate. By the way, kanda tak curang ya dinda. Dah jangan tukar profile whatsapp mu itu. Hahaha.

2. Tak sempat nak balas a.k.a tengah rushing

Ini kes kerap berlaku kat aku. Haish, time kita busy dengan group whatsapp discuss pasal carry marks exams, whatsapp lain pulak masuk. Tak pun tengah kupas bawang ke masak ke ada orang send mesej. Takpe, read jelah dulu nanti reply. Akhirnya jadilah bluetick. Penerima busy fokus dekat group lain dan terpaksa tangguh dulu nak reply whatsapp penghantar.

3. Terlupa

Haaa ini lagi satu. Kadang-kadang orang ni ada short attention span ataupun kita tengah buat dua kerja dalam satu masa. Kita dah baca lepas tu kita tiba tiba nak pergi ambik barang ke apa dan terlupa nak balas. Ataupun kita pergi balas dulu whatsapp orang lain dan cadangnya lepas tu nak reply whatsapp penghantar tu, tapi terlupa. Bila dah seminggu lepas tu, baru kita perasan something. Ter-bluetick kan orang rupanya. Patut pun.

4. Telefon tiba-tiba buat hal

Baru je nak balas whatsapp penghantar, telefon pulak hang! Lepas tu kena tunggu okay dulu laa tak pun off terus laa. Sometimes, our phones run out of batteries. Akhirnya tak balas whatsapp orang. Bukannnya sengaja. :( Semua salah telefon~

5. Balas mengikut tahap kemaslahatan

Bila terlalu banyak whatsapp masuk, orang yang hantar whatsapp awal tadi namanya dah makin bawah ditenggelami whatsapp whatsapp lain. Kita main bukak je semua whatsapp dulu lepas tu decide mana satu lagi penting nak dibalas. Akhirnya ter-bluetick dulu penghantar tersebut dan pergi balas whatsapp lain yang lebih mustahak.

6. Malaslah nak balas

Yang ni, tak tahulah nak cakap apa. Suka sangat procrastinate. Baca tapi takde mood nak balas lepas tu biar gitu je. Tak baik weh membiarkan pihak di sana tertunggu-tunggu. Kalau balas walaupun lambat, takpe. Tapi kalau biar gitu je, ouch sakitnya tuh di sini. Hahaha.

Ketahuilah bahawa kadang kala bukannya sengaja penerima bluetick kan kita. Dan kadang kala sengaja tu pun ya jugak sebenarnya. Hahaha. Tapi bluetick memang mempunyai kuasa untuk meletuskan peperangan. Apa yang penting, kita kena bijak mengendalikan emosi dan jangan biar benda remeh macam ni jadi penghancur silaturrahim sesama sendiri. Tuan kena bluetick, sila husnudzon... tak rugi pun husnudzon. Tuan bagi bluetick, elakkan memberi bluetick... kesian penghantar whatsapp tu lebih-lebih lagi kalau hal dia hantar tu penting. Kalau kita amalkan sikap bertoleransi macam ni, kan aman sikit hidup? Bebaslah Twitter aku dari sungutan orang kena bluetick dan pergaduhan siapa bluetick siapa dulu. :)

Bluetick is indeed powerful. The main cause of communication war. Tapi gais...

*
*
*
*
*
*
*

Bluetick je pun. Chill.

1 comment:

  1. Huwaaaa, sedih weiii bila kena bluetick ni .... Sebak gila ... Terpikir bnyk kali .. Dia ni marah aku ke ? Aku buat salah ke? Dah xsuka aku ke ... T*T mama , i wanna crryyyyyy....

    ReplyDelete